Sunday, November 5, 2017

TRAVELOG KE SEOUL KOREA SELATAN (5H4M) - Bahagian 3

Bismillahirrohmanirrohim...Sambungan travelog ke korea....Kena cepat siapkan story...kalau tak, nnti takut terlupa..rugi....

Hari ketiga (18/10/2017)


Namdaemum Market

Gwangjang Market
Itaewon
Myongdong Market

Sepatutnya, ikut itinerary, hari ketiga kitorang melawat Nami Island..Tapi, semua dah sepakat nak ke Nami hari keempat (pergi lewat sehari dengan harapan warna daun makin bertukar kuning...haha)...dan Alhamdulillah, nasib baik kitorang xjadi ke Nami Island hari tu..kawan mus bagitahu, hujan di Nami pada hari tu...lega bila xjadi...


Jadi, itinerary pada hari ketiga ialah ke tempat2 shopping...(kat sini kena control diri, kalau x, habis duit buat shopping je nanti)..1st checkpoint ialah ke Namdaemum Market...dari hotel nak ke Namdaemum market, macam biasa dengan menaiki subway...aku xingat berapa minit nak sampai...tapi, xjauh sangat lah...


ada 1 peristiwa hitam lagi berlaku ketika kami menaiki subway...bila train berhenti, berpusu2 orang turun drp train...nampak muka baru balik kerja...aku rasa diorang kerja shift malam ni...majoriti muka penat dan mengantuk...jadi, kitorang tunggulah sampai orang habis keluar baru  naik train...rupa-rupanya xboleh macam tu...sebab train dah tetapkan masa beberapa minit sahaja pintu train akan terbuka...jadi, bila nampak mus dan kawan2 lain bersesak2 memasuki train, aku pun cuba meloloskan diri daripada orang ramai dan berusaha untuk naik train juga sebab takut tertinggal....betul2 time aku nak masuk, pintu train dah nak tertutup hampir separuh. aku berkeras nak masuk juga, sebab ingatkan ada sensor, pintu xkan tertutup kalau kita lalu antaranya...sekali....pintu terus tertutup..maka badan aku tersepit di celah2 pintu train..aku dah cuak...aku tarik badan masuk ke dalam..berjaya...bagpack aku kt belakang pulak tersangkut...aku berusaha tarik juga, dan Alhamdulillah berjaya masuk dengan selamat....sampai dalam train, muka dah pucat..aku perasan, ada beberapa orang korea kiri kanan dok tengok aku...kenapa pintu tu xtunggu aku masuk baru tutup?rasa nak nanges tau...dalam kalut2 tu, rupa2nya ada 2 orang group members kitorang yang xsempat masuk train, nabilah dan hajar...maka, mus buat bahasa isyarat dari dalam train supaya diorang naik train seterusnya dan turun ke satu stesen dari situ...aku bgthu mus, apa yg terjadi tadi, dan aku tanya dia, "mus, knapa pintu train terus jugu tutup time i lalu?xde sensor ke?,"...mus kata "xde..kita memang kena naik cepat2 sebelum pintu tertutup"...aku tanya lagi, "ada x pernah jadi kes orang tersepit kt pintu train?"...mus kata belum pernah ada lagi....adoiiiilah...memang trauma lepas tu...rasanya, aku lagi sanggup tertinggal atau ditinggalkan train daripada tersepit di pintu train...tragis sungguh...


Sambung cerita...kitorang semua selamat sampai ke Namdaemum market...kat sini, mus bagi masa 2jam sahaja untuk shopping..sesungguhnya, Namdaemum market memang kawasan yang sangat sesuai untuk shopping...ada pelbagai jenis kedai souvenier, kedai brooch, etc di sini..dalam bangunan ada, di luar bangunan pun ada...tengok tempat ni, macam pergi pasar khadijah atau padang besar pulak...banyak betul barang..cuma kt sini yang bestnya, udara sejuk lah...nak berjalan lama2 pun xkisah, nyaman jer rasa...hehe


Mus bawa kitorang masuk ke dalam bangunan yang jual pelbagai jenis brooch dan bgthu brooch paling murah ada yg jual 1000 won (RM3.85) sebiji...tapi, kena pandai cari kedai lah dan rajinkan mulut bertanya walaupun majoriti rakyat Korea xpandai berbahasa Inggeris..kalau bercakap dengan diorang, memang macam ayam dan itik bercakap, siap dengan bahasa2 isyarat lagi..sorang cakap English, sorang cakap Korea,,ko rase?..huhu..


Aku macam biasa, follow kak anna jer...kitorang pusing2 tengok tempat ni..kak anna adalah beli beberapa biji brooch, saliha dapat tangkap seutas bracelet pandora..harga dia bagi 7500 won je (dalam RM27)..yang aku tau, pandora kalau kt Malaysia, harga memang lagi mahal naw2..kat sini memang murah...cantik pandora yg saliha pilih, kaler pink...menyesal pulak aku xbeli...huhu...kt sini, aku xde beli apa2 pun...cuci2 mata jer..


Ada satu perkara nak share, di Korea ni, disebabkan cucaca di luar yang sejuk, maka di dalam bangunan diorang x pasang pun aircond..maka, bila masuk bangunan, memang rasa berkuap sikitlah..nak je cepat2 keluar dari bangunan...lain pula kalau di Malaysia, kalau di luar, cuaca memang panas, tapi dalam bangunan sejuk dengan aircond...terbalik kan?..haha...maka, bersyukurlah dengan apa yang ada...#tazkirahsentap


Settle ruangan brooch, kitorang keluar dari bangunan tu dan meneroka kedai2 yang ada di sekitar...banyak benda2 menarik yang dijual...sambil2 cuci mata, dapat juga aku tangkap keychain, fridge magnet, seewed dan face mask (share dengan kak anna)...kak anna pula, banyak memborong seewed kt satu kedai (hantu seewed rupanya kak anna dengan saliha ni)..bagus peniaga kt kedai ni...pandai dan faham berbahasa melayu...senang kerja...hehe..disebabkan kak anna banyak memborong seewed kt sini, maka dia bagi banyak seewed free pada kak anna, siap dengan beg lagi..bagus betol....


Kat kawasan ni, jangan terkejut, memang ada beberapa peniaga yang pandai berbahasa melayu..mungkin sebab ramai tourist dari Malaysia yang datang sini...aku perhatikan memang pun..muka mat saleh, xde nampak sangat pun kt sini..undeniable, tourist yang datang ke Korea memang ramai from Malaysia or Indonesia...kat mana2 pun kitorang pergi, akan ada jer terjumpa muka2 melayu orang Malaysia...haha...nampak x?betapa orang Malaysia ni memang suka travel ke Korea eh?pengaruh drama Korea ler tu...xpun pengaruh running man..


Masa beli barang, kitorang macam xreti sangat nak bargaining...bila minta harga murah, peniaga macam xlayan sangat jer...maybe budaya diorang kot xde nak tawar menawar, atau pun kitorang yg xtau cara yg tepat utk bargaining process di sini..kot...



Moh layan gambar2 di sekitar Namdaemum Market;



kedai brooch

kak anna n saliha

pelbagai jenis seewed...auntie ni memang sangat best...dahlah pandai cakap melayu, baik, friendly lagi..
muka pun selalu senyum...murah rezeki dia..

kedai2 sekitar Namdaemum

tiba2 ada pulak buat perarakan ala2 tentera zaman dulu kala


mus tu kaki memang xboleh bla..huhu

time ni dh habis shopping..tunggu kak zairul dgn pak engku jer

Checkpoint seterusnya ilah ke Gwangjang Market...kat sini banyak kain cutton yang dijual murah2...so, bagi peminat2 kain cutton, boleh lah datang ke sini untuk memborong...Aku n kak anna, kitorang xbeli apa2 pun kat sini...cuci2 mata jer...ada sekali tu, tiba2 aku rasa nak ke toilet, cari2 signboard toilet xjumpa...so, nak tanya ahjumma yg ada kt situ, rasenya macam dia xfaham bahasa inggeris...so, gigihlah aku membuka google translate cari perkataan toilet dalam bahasa Korea dan tunjuk pada ahjumma tu..hwangjil...barulah dia faham...cepat jer dia tunjukkan arah..haaa..so, bagi sape2 yang memang xpandai berbahasa korea, google translate sangat2 penting pada ketika ini...take note ok..untuk makluman, kalau korang datang sini, xde buat roaming or beli apa2 internet simcard, di korea, public place diorang banyak jer yang provide free wifi dan agak laju, but not all place...bab toilet pula, kena faham, most of non-muslim country diorang xguna air dalam toilet, logiknya lantai tandas akan berlecak dan kotor...diorang provide toilet tissue jer...air adalah kt sinki..so, sebagai persediaan, kak anna memang dh standby dr Malaysia gayung khas...haha...botol 100plus yg besar tu, potong separuh dan simpan dlm beg, memang sangat berguna di saat2 kecemasan ketika nak masuk toilet...berjasa betol "gayung khas" itu...(,")

Lepas ke toilet, sambung lagi jalan2 sekitar gwangjang market ni...Selain kain cutton, kat sini juga ada jual souvenier, tapi agak mahal berbanding Namdaemum...Ada gerai2 makan (banyak pulak jual pork, jadi baunya sorry to say, faham2 jelah)...Ada juga kedai2 yg menjual barang2 basah seperti sayur2an, hasil laut, kimchi, dll..menarik juga cuci2 mata di sini...banyak benda2 pelik yg aku jumpa...


Di Gwangjang Market ni, aku perhatikan ramai betul orang2 tua yg berniaga dan yang berjalan ke sana sini berbanding orang2 muda mereka...Mus ada bagitahu, di Korea ni, orang2 tua memang lagi ramai berbanding orang2 muda..Sebabnya, kos hidup di sini agak tinggi..kos perubatan tinggi, kos pendidikan tinggi...jadi ramai dalam kalangan orang muda mereka decide utk tidak berkahwin sehingga ke usia tua..Selain alasan ini, aku rasa masyarakat di Korea ni ramai yg mempunyai taraf kesihatan yang baik..rasanya, xde seorang pun yg aku jumpa di sini, mempunyai masalah obesiti..senang kata, aku xjumpa org gemuk pun kt sini..knapa agaknya?mungkin cara pemakanan mereka yg menyihatkan cth tidak berminyak,tidak berlemak dan sifat mereka yang suka berjalan kaki ke mana2 menyebabkan mereka kelihatan sangat sihat walaupun di usia senja..jadi, sebab tu kadar kematian akibat penyakit rendah di sini...satu lagi nilai baik yang boleh kita ambil dan praktikkan...


moh layan pulak gambar2 di sekitar Gwangjang Market;


gerai2 makan

hasil tangkapan laut

besar betol kerang2 kt sini...sebelah kanan tu oyster

kt korea memang banyak octopus

yg dh siap2 masak pun ada..selamba jer letak sebelah hasil tangkapan yg masih basah..

telur ikan kot....campur2

ikan dah siap potong2

jangan terkejut..cili kering kat sini saiz XXL...besar sungguh

chilie flakes...utk buat kimchi kot

pelbagai jenis sayur-sayuran

ahjumma ni tengah nak buat kimchi...masa amik gambar ni, tiba2 kena sound...ape ntah yg dibebelkannya...ada sesetengah peniaga kt sini, memang xfriendly...muka masam mencuka jer...kalau kita tangkap gambar , kena marah...sabor jelah..cakap elok2 kan boleh...peace...

pelbagai aneka kimchi

kimchi lagi...tapi xberani nak beli...waswas...

frozen octopus in freezer

pelbagai jenis kuih Korea...aku rasa kuih2 dia bnyak guna tepung pulut.

candies

semua dh berkumpul utk ke checkpoint seterusnya...ni tengah menunggu ketibaan yb mus, kemudian yb fadli...
lama bebenor..memborong kain cutton agaknya..

farmasi kot

tangga turun ke underground floor utk ke subway..nampak x betapa tingginya tangga tu..
macam tulah kami turun naik tangga utk pick up subway di korea ni...dengan bawa barang shopping lagi..
bertabahlah..

respect dengan ahjumma ni...dia boleh angkat kotak buah tu tahan guna kepala jer dan naik tangga yg tinggi tu slow2 sampai ke atas..xsampai hati tengok, konon2 nak tolong, dia geleng2 kepala xnak ditolong...sampai gigil2 kaki dia tau nak naik tangga tu..gigih betul...

Checkpoint seterusnya ialah lunch di Itaewon...tapi time kitorang sampai ni, dah terlewat sangat, bukan lunch tapi hampir nak dinner kot...perot dah berkeroncong nyanyi macam2 lagu Kpop...Untuk pengetahuan, Itaewon ialah satu2nya kawasan di Seoul yang kitorang jumpa masjid..di sekitar kawasan Itaewon ni, banyak terdapat kedai2 dan restoran2 halal...muka2 pendatang seperti pakistan, arab, bahkan melayu banyak di kedai2 di sini..so, kalau nak senang cari makanan HALAL, datanglah ke Itaewon...

Sebelum lunch, kitorang mendaki dulu ke masjid utk solat sebab time tu dh lewat sangat..jadi settle kan solat dulu, barulah tenang sikit nak makan nnti....penat jugak lah tiba2 kena hiking lagi ni...beg2 dan barang2 shopping tadi kitorang dah siap2 simpan dalam loker, sewa kt area subway...kalau x, jenuhlah nak hiking lagi sambil gendong barang2 shopping yg ringan sangat2 tu...


Lepas solat, mus bawa pergi lunch di EID restaurant...Jalan2 Cari Makan #JJCM Malaysia yg host nyer nas tu, pernah datang sini tau..owner restoran, orang Melayu yang berkahwin dengan orang Korea...depa ada juga buka cawangan EID ni kalau xsilap kt Bangi....so, kt sini mus orderkan Korean Aunthentic Foods utk kitorang nimati..Rase? boleh tahan sedap..Nice foods and cuisines...Really recommend...


Lepas late lunch, kitorang xkemana pun...turun balik bukit sambil memerhatikan kedai2 di kiri kanan...ada singgah jap satu kedai beli aiskrim...kak zairul n pak engku masuk satu mini market dan beli buah pisang kaki...tu je...then, kitorang terus balik ke hotel...


Sila nikmati dan hayati gambar2 di sekitar Itaewon seperti di bawah;



hiking ke masjid

on the wall of the path to the mosque

indahnya masjid di Itaewon

Allahuakbar

sekitar kawasan masjid

inilah dia restoran EID

kimchi soup...sedaapp

bulgogi...pun sodaapp

side dishes....yummy...

ala2 waffle...beli kt gerai luar restoran..inti kacang merah..sedaapp

ni aiskrim yg acah2 nak bagi ke x...selau tgok dalam video je, kali ni betul2 depan mata, memang sebelum bgi aiskrim tu dia byk main acah2 dulu...aku terkena jugak...boleh plak dia tunjal aiskrim tu kt idung aku..torkojot den ok..nak jer aku tunjal balik idung dia...
haha.....tapi dia bagi scoop lebih laa...minta free xdpat pulak..next year katanya...kui2..

nampak sedap x?sedap....padat aiskrimnya...xabis den makan...bagi kawan2 lain rasa jugak

tiba2 terjumpa nama Melayu kat sini...i'm proud..

Lepas balik hotel, mandi dan solat, kak anna, saliha n aku kitorang keluar malam tu ke Myongdong Market semula..ingat dah jalan pergi ke sana...masa jalan balik, ingat2 lupa pulak...tapi, Alhamdulillah xsesat...di Myongdong Market, aku cuma beli satu jenis kuih ni..apa ntah namanya...dibuat daripada tepung sagu intinya kacang...3paket harga 12500 won (RM48)...setiap paket dalamnya ada 12biji kalau xsilap...sedaapp...dan Insya Allah HALAL..Ramai betul orang kt pasar ni....muka2 Melayu dan indonesia xyah cakaplah, jumpa jer kt mana2...dh macam kt Malaysia pulak aku rasa...hehe...Saliha masih mencari2 bracelet yg kawan sekolah dia kirim...cari punya cari, last2 beli kt shopping mall...haha...lagi murah rupa2 nya..banyak pulak tu dapat...

Malam tu, hujan rintik2 air bergelombang turun...tiba2 suhu menjadi sangat sejuk...aku sampai masukkan tangan kt dalam poket sweater (nasib sweater ada poket)....kaki macam rasa nak beku..rasa menyesal pulak xbawa shawl sekali sebab sweater yg aku pakai tu xberapa tebal, so memang terasa sejuknya sampai ke tulang muka..huhu...di Korea, bila hujan turun, suhu akan bertambah drop...aku xtaulah time tu berapa suhunya..tapi, aku memang betul2 rase sejuk yg teramat...sampai aku tanya pada kak anna kalau2 aku nafas keluar asap (pengaruh drama korea..selalu tgok kalau diorang bernafas sampai keluar2 asap sebab sejuk)...haha..#perasaanrupanya


Lama jugak kt Myondong Market tu, adalah dalam sejam lebih kot...Dalam perjalanan balik, singgah kejap seven-E cari banan uyu..aku terus minum sebab nak dapatkan instant energy...terasa macam kaki betul2 nak beku...macamana nak jalan balik ni....tiba2 rasa nak heater juga time tu..(time panas komen, time sejuk sangat pun komen...itulah manusia.selalu lupa utk bersyuku...huhu)...Alhamdulillah, dapat sampai ke hotel dengan selamatnya...Malam tu tidur dengan penuh lena...xlupa pakai face mask sebab kulit muka jadi kering bila suhu sejuk naw2.....bagus face mask ni...bangun2 pagi, kulit muka rasa macam moist jer...


Layan gambar pada malam hari di Myongdong Market;



signboard

cheese butter oyster..nampak macam sedap..tgok jelah

ada jumpa pulak gerai makan ni...macam dlm drama2 korea lah..haha

time ni aku tengah duduk kt tangga mall, sambil tunggu kak anna dan saliha siap memilih T-shirt kt gerai bawah..nampak x ramai orang kt bawah tu...


Oklah, setakat ini dahulu bahagian 3..Jumpa lagi di coretan bahagian 4 (final part) nnti...Insya-Allah...


다시 봐라

3 comments: