Friday, November 3, 2017

TRAVELOG KE SEOUL KOREA SELATAN (5H4M) - Bahagian 2

Hari kedua (17/10/2017)

Namsan Tower
Insadong
Gyongbokgung Palace

Pagi hari kedua, lepas siap mandi dan solat Subuh (kt sini jam 5.00am dh masuk subuh), naik ke rooftop hotel dan menikmati pemandangan waktu pagi...udara sangat nyaman dan menenangkan...sukanya...sepatutnya kt atas tu ada view garden yg cantik, tapi knapa ntah owner xjaga, so berumput dan berlalang kawasan tu...sayang betul...time kitorang datang ni early autumn, jadi wheather memang sangat nyaman...siang suhu dalam 19-21°c  while malam drop sampai 15°c...tapi, early morning memang lagi sejuk lahh...masa aku naik rooftop ni suhu dalam 7°c...sejuk tapi best...huhu...biasanya aku kalau suhu sejuk sangat pagi2, mudah bersin, tapi kat sini rasa fresh je...aku yakin, udara kat sini memang bersih...Malaysia ada???ada juga...di cameron highlands or kundasang...tapi xleh lawan sini lagilah....hehe...


view from hotel rooftop 

view from hotel rooftop - banyak tol bangunan kiri kanan, tapi udara tetap nyaman...

Lepas menikmati udara pagi yang best bebenor di rooftop, turun breakfast dgn kak anna dan saliha di dining room...utk makluman, kos hotel yang dibayar include breakfast...so, marilah kita berjemaah meninjau apa yang hotel provide untuk breakfast....

Tak banyak pilihan breakfast yang ada....makan kena pilih2 ler..sosej dan kuih apa ntah tu mmg x amik ler...cereals, milk, roti, fruits berani ler amik...nasi goreng tu pun amik lepas owner convince kan yg dia mmg xletak beef dlm tu...seafood jer...try lah rasa nasi goreng dia, but too sad to say, it was tasteless...haha...rugi btol xbawa sambal itam datang sini..mushroom soup tu pun amik gak, kak ana rase sikit, sekali dia kata dia macam tergigit beef....haaa..terus terkeluar balik dr mulut..nasib baik bukan pork....kalau x, rezeki dia lah dapat rasa tanpa sengaja...haha...bahaya btol....


tangga menuju ke dining room

fried rice, fruits, bread, cereals n mushroom soup (hok ni dah terambil, tapi xmakan pun)
sarapan kt hotel start jam 7.00 pagi

Dalam jam 8.30am, berkumpul di lobi hotel dan start lawatan for second day. 1st checkpoint ialah ke Namsan Tower...so, berjalanlah berjemaah beramai2 di tengah2 bandaraya myongdong tu lebih kurang 10 minit utk ke bus stop. di sini, naik bas pun bayar guna T-money jer.senang dan mudah.perjalanan dari myongdong ke namsan tower lebih kurang 25minit...

Sampai sahaja dan turun daripada bas, kami terpaksa mendaki sedikit utk ke puncak namsan tower...penat jugaklah kaki kena hiking bagai...patotlah beberapa bulan sebelum bertolak ke korea, mus dah ingatkan supaya rajin berjalan dan exercise sebagai persediaan utk ke korea...rupanya kat sini, memang berjalan jer kerjanya...naik turun tangga, naik turun bukit, kejar train, ke sana, ke mari, dan semuanya menuntut kepada stamina yang kuat...rasa nak tercabut kaki...haha....dan yang menariknya, masyarakat di Korea, mereka memang kuat berjalan xkira usia, sama ada muda atau tua..orang tua2 kat sini, ramai je hiking ke namsan tower, muka rilek jer, xnampak penat...nampak x beza orang rajin exercise dgn yg xrajin exercise?..hehe...rata2 masyarakat di sini lebih suka berjalan dan menaiki public transport berbanding memandu kenderaan..knapa agaknya?in my observation, public transport di sini sangat2 mudah diperoleh dan sangat efisien...lagi pun, cuaca kt sini memang sejuk dan nyaman, bukannya panas terik mcm di Malaysia..of course lah kalau berjalan pun xpenat sangat...cuba kalau cuaca diorang pun terik macam di Malaysia, ada ke yg sanggup menapak ke sana sini guna kaki je??belum tentu aku rasa...


So, sambung balik cerita....Apa yg menarik di namsan tower agaknya ye?haaa....sudah tentu tower dan padlock....aku anggar berpuluh ribu agaknya padlock yg ditinggalkan di sekitar kawasan ni berserta nama dan ucapan pada setiap padlock..itu yang uniknya...macam2 warna padlock yang ada...yg dah berkarat pun ada...haha...kitorang?xkuasa nak beli padlock kat situ..50 000 won???mahal bebenor harga...kalau tau, dh bawa siap2 padlock dr malaysia...beli kt kedai 2ringgit je...nak jugak tinggalkan nama kt situ...xde pulak bawa marker, kalau x boleh je tumpang tulis on somebody's padlock...tiba2 dapat idea...keluarkan kertas, tulis nama dan ucapan, put the paper among the padlocks there and snap picture....haaaa...rare ke idok?


Sebelum aku terlupa, nak share, kanak-kanak di korea, mereka dilarang bergambar dengan orang yg x dikenali...macam kitorang aritu, saje nk bergambar dgn budak2 tadika yg datang buat lawatan ke namsan tower, tapi cikgu dia xbagi...mus kata, kt korea ada 1 undang2 xbagi orang luar amik gambar atau bergambar dengan kanak2 atau pelajar sekolah, kecuali kalau parents diorang dh bagi permission, haa yg tu boleh...sebabnya, mereka nk jaga anak2 ni, daripada gambar tu disalahgunakan oleh pihak2 yg x bertanggungjawab..kes pedofilia kot...



bas menuju ke namsan tower..nasib baik dapat tempat duduk...

padlocks

our names among the padlocks

ucapan sikit 

nampak x padlocks tu? berpuluh ribu ke beratus ribu ni? bukti ramai tourist yg pernah datang sini

pernah nampak kerusi ni dalam drama melayu apa ntah...sampai juga kitorang kt sini..heee

hati2..patah jugak kerusi tu kang..

korean onni...cun..kulit cantik...hanbok yg dia pakai pun cantik sungguh..ni bergambar dalam toilet jer..

korean oppa...tapi, aku rasa remaja lagi ni...muka budak sangat....kulit putih melepak..pakai apa ntah...terkejut den..

travel buddies.....3 lelaki + 10 perempuan + 1 budak...
yg kaki stylo pakai shawl merah tu ler sir.m, lead team kitorang

ada lah juga certain pokok yg dh tukar warna...kata autumn..

sekitar namsan towe

seoul city - view from namsan tower...besar betol bandar seoul ni rupanya...seluas mata memandang

Mus bagi masa lebih kurang 2jam jer pusing2 kt area namsan tower.. lepastu, checkpoint seterusnya ialah ke Insadong. Dari Namsan Tower nak ke Insadong kena naik bas + subway makan masa lebih kurang 34 minit (refer itinerary)..Mus kata, kat sini bagpack harga murah2...Mus pesan lagi, kalau nak beli souvenier, jgn beli banyak kt sini, nnti kt Namdaemum market lagi murah2...so, berjalanlah kami di sekitar Insadong..kat sini, aku dapatlah tangkap 1 slim bag + keychain + fridge magnet...

subway nak ke Insadong...bagusnya masyarakat Korea di sini, mereka beratur nak naik subway, xde nyer nak berebut dan bersesak2 bagai...budaya baik yang boleh dicontohi

x ingat time ni tgh tggu bas ke apa...

Lunch hari tu, mus bawa ke vegetarian restaurant (insya Allah halal..depan kedai ada tulis halal) di sekitar Insadong...style tempat makan kt korea ni, diorang punya kedai makan ruang xluas..jadi memang kena menunggu juga lah kt luar...dh ada group yg dah siap makan dan meja kosong baru boleh masuk...kt restoran ni, kitorang makan duduk atas lantai...mus bagi semua orang order sendiri makanan masing2...(utk makluman sekali lagi, lunch termasuk dlm pakej ye..so, mus yg bayar utk lunch)...sebelum main menu sampai, depa serve kita dengan beberapa jenis side dishes (side dishes boleh tambah banyak kali free)...ada kimchi + sayur terung + salad + etc...semuanya sedap2, boleh masuk tekak aku...huhu...yg xberapa boleh masuk tekak aku ialah nasi kt korea..nasi diorang guna beras pulut...for those yang suka makan pulut, mungkin tekak boleh terima...macam aku yg memang xberapa suka pulut, xboleh nak masuk sangat tekak..memang xhabis mangkuk nasi aku setiap kali makan...time nilah baru teringat nasi kat malaysia..boleh bertambah kurus kalau duduk sini lama2....haha...

di luar restoran...semua senyum, tapi dah lapor sebenarnya...

apo lagi? senyum lebar jelah dah dapat makanan...

aku order yg kuah merah tu...namanya "spicy soft soy stew"...ingatkan raser mcm tomyam, rupa2nya kombang jugak tokak den nak masuk banyak2...banyak tauhu jer dlm tu...

side dishes..love it...

sekitar Insadong

sekitar Insadong

mcmni rupanya rupa buah berangan sebelum buang kulitnya
Selesai lunch, mus bawa kitorang ke hanbok studio untuk sewa hanbok (yg ni xmasuk dlm pakej, bayar sendiri)..kt sini, banyaklah pilihan hanbok utk disewa...sebelum pakai hanbok, tumpang solat jap kt situ..owner bagi tumpang solat dalam 1 small fitting room..sekali solat, boleh muat 2orang jer kt dalam tu...so, bergilir2lah kitorang solat..tips utk tahu arah qiblat, boleh download qiblat apps daripada play store...selesai solat, masing2 pilih n pakai hanbok yang berkenan...ada dua jenis hanbok...harga 15 000 won dan 10 000 won...kalau yg 15 000 won tu, hanbok cantik sesuai kalau  feeling2 nak jadi emperor+empress+prince+princess...kalau yg 10 000 won tu, kategori dayang2 punya hanbok jer...aku n kak anna, kitorang sewa yg murah jer 10 000 won, dapatlah feeling2 jadi dayang istana...jadilah...haha...

Disebabkan semua orang sewa hanbok, jadi mus minta dengan tokey kedai untuk ambil gambar dalam studio secara percuma...Kalau tak,  harga amik gambar dlm studio 50 000 won....owner setuju, so bergambar sakanlah kami semua di dalam studio..lama juga kt dalam studio tu..xsedar masa berlalu....


Hanbok boleh sewa selama 2jam jer..boleh bawa keluar dari kedai dan berjalan2 di sekitar Insadong dengan memakai hanbok...sepatutnya kitorang kena ke gyongbukgong palace utk checkpoint seterusnya..time tu memang dh lambat sangat rasenya..mus suruh cepat, sebab katanya kalau lambat nnti palace tutup..dr studio nk ke palace jauh jugak nak menapak....jadi, berlari-larilah kitorang secara berjemaah dengan memakai hanbok menuju ke palace....sampai2 je kt depan pintu palace, rupa2nya palace tutup..preparation utk function apa ntah dalam tu... sabor jelah...berkejar2an ke palace pakai hanbok, sekali palace tutup...ko rase???


Hanok village pun kitorang tak sempat nak melawat sebab dh lewat sangat..tulah, bergambar sakan lagi dlm studio xingat dunia..huhu...xpelah, xdapat melawat hanok village dengan masuk palace apa ada hal? yg penting dapat melaram dengan hanbok...hehe...(sejukkan hati)


Moh layan gambar2 kt dalam studio dan di luar palace dengan memakai hanbok secara berjemaah:

ni namanya muslim korean...hanbok with hijab



sir m dan fadli

syafiqah, hajar dan atmam

kak zairul..comel naw2 mak 4org anak ni..

empress & emperor

empress dengan dayang nyer...kuikui

dayangs

spread loves

macam dlm drama korea ke idok?

nabilah yg manis

saliha yg comel

kerabat diraja bersama dayangs di luar palace




xdapat masuk dalam, kt pintu gerbang palace pun jadilah



berjemaah balik ke studio semula

Tamat checkpoint utk hari kedua... sampai bilik hotel, terus terbaring kepenatan...waktu malam xtvt free & easy..tapi, malam tu, aku kak anna n saliha xkeluar ke mana pun..others, ramai yg keluar semula ke myongdong market sama ada shopping or hunt for dinner...masing2  dh ingat jalan nak ke sana, so bergerak sendiri je without sir m...ktorang bertiga dalam bilik, makan maggi cup n berehat2 jer...kejung kaki berjalan seharian..penat toksah cakap ler...

Alhamdulillah, settle travelog untuk hari kedua....jumpa lagi untuk bahagian 3 ye, Insya-Allah..okbai...

TRAVELOG KE SEOUL KOREA SELATAN (5H4M) - Bahagian 1
TRAVELOG KE SEOUL KOREA SELATAN (5H4M) - Bahagian 3


No comments:

Post a Comment