Thursday, November 2, 2017

TRAVELOG KE SEOUL KOREA SELATAN (5H4M) - Bahagian 1

Assalamualaikum wbkth...sedikit perkongsian berkaitan percutian ke seoul korea selatan,baru2 ni...semoga memberi manfaat kepada bakal2 traveler yang berhajat ke sana.

Tarikh trip:16 hingga 20 Oktober 2017 (Isnin hingga Jumaat)
Jumlah ahli kumpulan: 14 orang
Kos pakej: RM2790 


Termasuk dalam kos pakej: tiket flight pergi balik sahaja menggunakan perkhidmatan Air Asia, penginapan 5h4m, lunch 3x, T-money card untuk kemudahan menaiki public transport bernilai 10000 won, tiket masuk ke Nami Island.
Tidak termasuk dalam kos pakej: tambahan luggage cost pergi balik, meals kt dalam flight, tambahan kos topup T-money bernilai 14000 won, kos pengangkutan balik dari hotel ke airport incheon dengan menaiki  mpv bernilai 15000 won setiap orang (senang kata, sebenarnya ada beberapa unexpected hidden cost...huhu..sabor jelah)
Kadar pertukaran mata wang: 1000 won = RM3.85

Hari pertama (16/10/2017)


klia2
lapangan terbang incheon
seiso hotel
myongdong market


Bertolak dari Kluang lebih kurang jam 1.30 pagi tumpang kereta kak zairul dengan suaminya pak engku, meanwhile kak anna shahril dengan anaknya Saleha bertolak ke klia2 suaminya yang hantar. Sampai di klia2 lebih kurang jam 4.00 pagi (laju jugak pang engku drive..huhu..sedap jer tidur dalam kereta). Kereta memang tak parking di situ, kak zairul minta tolong amir (bekas pelajar SMKBT6 SPM 2009 yang bekerja di klia) untuk tumpang parking kereta kt rumah sewa dia tak jauh pun dari klia2. Dalam jam 5.00 pagi, amir sampai dengan member dan ambil kereta. Nampak jelas muka bangun tidur dengan seluar kain pelekat tu...haha...Terima kasih banyak2 yer amir, jasamu sangat dikenang. Lain kali, boleh tumpang lagi..masuk sahaja di klia2, ktorangpun cari dan tunggu ahli-ahli kumpulan yang lain, janjinya jam 5.00 pagi nak jumpa dan berkumpul. lepas semua ada n solat subuh, start pergi check in sebab flight jam 8.00 pagi. Masing-masing bawa beg2 troli yang besar-besar, rasenya aku punya beg jer paling sikit n kecik kot...huhu...mus tanya, knapa beg kecik sangat?aku tanya dia balik, bukan ke biasanya lelaki punya beg lagi kecik kalau pergi travel?mus jawab apa tau, "kitorang ni lelaki yang luar biasa"...haha...ok...paham...


Masa check in ada satu peristiwa hitam berlaku...pasport aku hampir hilang???aku memang ingat dengan jelas mus xpulangkan balik pasport tu lepas dia pergi tolong check in kan kt kaunter...tertunggu2 gak, nape mus xpulang2kan balik pasport aku ni...lepas semua orang dpt pasport, aku dh mula cuak, "mus, u x bagi pasport i lagi ni"..mus kata "eh, bukan i dah pulangkan ke tadi?"...confident jer jawab....tanya balik kt kaunter, dia kata dh pulangkan n suruh check pada ahli group yg lain takut2 ada yang terambil...selepas beberapa minit, peritiwa hitam menjadi putih semula, rupa-rupanya pasport aku termasuk dalam beg kak anna masa tengah kalut2 uruskan luggage kak anna...rase nak nangis beb...nasib baik tak kena tinggal...haha....so, lepas selamat check in, kitorang naik flight..tempat duduk biasalah bersepah2  jer unless kalau kau bayar utk booking seat...aku duduk kt bahagian seat tengah..left side chinese/korean women, right side malay guy...rase kejung jer duduk kt tengah2 tu selama 6jam lebih...


antara tips  sebagai musafir, selain baca doa naik kenderaan, boleh juga tunaikan solat sunat musafir 2rakaat sebelum memulakan sesuatu perjalanan dan amalkan membaca
"بِسْمِ اللهِ الَّذِىْ لاَيَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَ
يْئٌ فِى اْلاَرِضِ وَلاَ فِى السَّمَآءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ"



Ertinya :
"Dengan menyebut nama Allah yang bersama nama-Nya sesuatu itu tidak berbahaya di bumi dan di langit. Dan Dia Maha Mendengar lagi Mengetahui." (semoga bermanfaat)


Alhamdulillah, our flight safely touched down kt incheon airport lebih kurang jam 3.30pm waktu korea (utk makluman, waktu di korea awal satu jam dari malaysia)...dari incheon airport kitorang naik subway utk ke hotel.lokasi hotel terletak di myongdong, lebih kurang 2jam dari airport...kiranya, travel kitorang ni ala2 bagpacker jer sebenarnya, xde nyer naik private transport bagai, mostly subway ke sana sini...tapi aku memang puji subway kat sini...fast, efficient, effective...so, u don't have to worry yg kau akan waste so much time tunggu train datang...kalau terlepas 1 train, xsampai beberapa minit, muncul jer train yg lain...and most of the train terletak bawah tanah...mmg gitulah style train kt seoul city ni...menapak ler naik turun tangga or escalator nak kejar train..haha...lift pun ada, kalau rajin nak tunggu lah..

Nama hotel tempat menginap kitorang ialah "Seiso Hotel" (ala2 hotel bajet jer sebenarnya, tapi bersih n kemas)...part hotel ni, frankly speaking, a bit unsatisfied...ada yg dpt bilik provide dgn tv, toilet, bathroom, etc dan ada yg dapat bilik basic things2 je ada dlm bilik (dorm style)..toilet n shower room kt luar bilik...terpaksa berkongsi dgn penghuni hotel yg lain...oklah, boleh tahan lagi...tiba2 toilet dgn shower room x attach sekali??? bilik kitorang di tingkat 4, shower room kt tingkat 4 juga, tapi toilet kt tingkat 2???ko rase???? dahlah aku ni kerjanya setiap hari asyik nak melawas je...3-4 kali melawas satu hari...dan biasalah toilet for non-muslim country, xguna air ye, tisu je...dah satu hal nak menadah air daripada sinki..rase nk pengsan kerjanya asyik turun naik tangga jer nk pergi toilet..last2 naik lift jugak akhirnya..haha...sabor jelah...harap kalau nk open pakej ni lagi next year, please improve part penginapan ye cikgu mustaffa.....(maaf ye, aku mmg jujur part ni)..

Oklah, sambung cerita.. lepas sampai hotel, rilek2 kejap baring2 atas katil, solat jamak maghrib isyak, mus ajak kitorang ke myongdong market...jalan kaki jer lebih kurang 8-10 minit dari hotel....wahhhh, seronok betul berjalan2 di korea ni...udara sejuk dan nyaman...xberpeluh pun jalan banyak...kalau hujan, rase nak beku kaki ok...terus rasa nak menetap kat korea..haha...#lupadaratan

Malam tu, mus ajak makan kt satu restoran halal katanya...entah apa nama masakan tu..ada chicken, octopus, variety of vege...masaknya gaul2 gitu je...satu kepala 10 000 won....1 meja dikira 4kepala = 40 000 won (rm seratus lebih utk dinner mcmtu jer)...sabor jelah...xpe pengalaman...rase?hmmm, sedap lagi maggi cup aku makan kt bilik hotel tadi...haha....utk makluman, halal food kt korea mmg agak mahal, normally price minimum dlm 10 000 won..sebabnya, kebanyakan halal food, ko terpaksa makan kt restaurant, xdenya senang nak jumpa jual kt gerai tepi2 jalan..so, harga restaurant, faham2 jelah...tapi apa yg menariknya di sini, side dishes kau boleh tambah banyak kali free...pelbagai jenis kimchi ada...balik dari korea terus suka makan kimchi..honestly, aku lebih suka radish kimchi berbanding cabbage...

So, lepas lunch malam tu, pusing2 myongdong market tgok2 ler ada jual apa..mus kata, kt area ni, banyak jual produk kosmetik murah2...so, kalau dtg seoul, nk cari produk kosmetik, boleh ler ke myongdong...banyak kedai2 kosmetik sekitar kawasan ni...aku xbeli apa pun malam tu..otw balik, singgah seven-E cari banana uyu...dapatlah tangkap 2botol + 1cup barista coffee (sedap sangat)...mus kata di korea, orang2 nyer memang coffee lover...pelbagai jenis coffee ada..di universiti, diorang siap offer kursus utk membuat coffee...hebat kan?


meh layan gambar2 sepanjang hari pertama travel:


pakej trip sir.m
itinerary sepanjang 5hari
bekalan makanan.. beg penuh dengan makanan je sebenarnya...(,")
tak banyak beg aku bawa. 1 beg galas dan 1 beg troli kecil
bersama amir bekas pelajar (engineer kt klia...baik budaknya..sape nak kenal, boleh pm tepi..promo sikit..haha)
solat jamak qasar asar dan zohor di satu ruang lapang berhampiran tandas di lapangan terbang incheon
                             
inilah dia T-money card...ala2 kad touch n go...digunakan untuk naik subway dan bas
signboard & lobby hotel

bilik dorm kami...kongsi 6 orang
                         
kt hotel memang provide washing machine dan dryer...so, baju memang xperlu bawa banyak..
lepas pakai boleh basuh dan keringkan terus dan pakai balik....jimat ruang dalam beg..huhu

halal restaurant

late dinner

gaul jangan tak gaul


rupa lepas kena gaul

myongdong market
gerai-gerai di kawasan ni, lebih kurang macam petaling street kl jer

tengok jelah..nak beli xboleh...non halal


sesak juga myongdong market ni waktu malam
banana uyu + barista coffee





settle, hari pertama...tunggu story hari kedua pulak....harap2 rajinlah aku menaip story seterusnya...huhu

TRAVELOG KE SEOUL KOREA SELATAN (5H4M) - Bahagian 2
TRAVELOG KE SEOUL KOREA SELATAN (5H4M) - Bahagian 3

3 comments:

  1. wah baca hasil tulisan cikgu nieh.makin buat saya nak travel and berazam nak dpatkan keje helokss hahahahhah.totally inspiring lah cikgu.x shabar nak baca kesinambungan story cikgu nieh
    hope publish cepat2.uhhuhu

    ReplyDelete
  2. wah baca hasil tulisan cikgu nieh.makin buat saya nak travel and berazam nak dpatkan keje helokss hahahahhah.totally inspiring lah cikgu.x shabar nak baca kesinambungan story cikgu nieh
    hope publish cepat2.uhhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. study elok2, insya Allah dpt kerja elok2, banyak duit boleh g travel byk tempat...learn about others culture

      Delete